? ??????????????Argyle? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??166 Grabs Today. 1969 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Pink Plaid Lights? ????? ?? ???Rating: 4.0 (3 Ratings)??324 Grabs Today. 3814 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, November 20, 2009

Rahsia disebalik bulan kelahiran...

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

•Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
•Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
•Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
•Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
•Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
•Pandai mengambil hati orang lain.
•Pendiam kecuali telah dirangsang.
•Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
•Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
•Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
•Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
•Cukup sayang pada kanak-kanak.
•Suka duduk di rumah.
•Setia pada segala-galanya.
•Perlu belajar kemahiran bersosial.
•Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

•Berfikiran abstrak.
•Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
•Bijak dan pintar
•Berpewatakan yang mudah berubah.
•Mudah menawan orang lain.
•Agak pendiam.
•Pemalu dan rendah diri.
•Jujur dan setia pada segalanya.
•Keras hati untuk mencapai matlamat.
•Tidak suka dikongkong.
•Mudah memberontak apabila dikongkong.
•Suka kegiatan yang lasak.
•Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
•Mudah mempamerkan marahnya.
•Tidak suka benda yang remeh-temeh.
•Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
•Sangat berani dan suka memberontak.
•Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
•Pemerhatian yang tajam.
•Suka hiburan dan sukan.
•Suka benda yang bersifat seni.
•Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
•Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
•Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
•Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

•Berpesonaliti menarik dan menawan.
•Mudah didampingi.
•Sangat pemalu dan pemendam rasa.
•Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
•Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
•Suka pada kedamaian.
•Sangat peka pada orang lain.
•Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
•Tidak cepat marah dan sangat amanah.
•Tahu membalas dan mengenang budi.
•Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
•Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
•Suka berangan-angan.
•Suka melancong.
•Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
•Kelam kabut dalam memilih pasangan.
•Suka dengan hiasan rumahtangga.
•Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
•Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
•Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

•Sangat aktif dan dinamik.
•Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
•Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
•Punya daya mental yang sangat kuat.
•Suka diberi perhatian.
•Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
•Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
•Sangat berani dan tiada perasaan takut.
•Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
•Emosi cepat terusik.
•Cuba kawal perasaan.
•Kecenderungan bersifat pendendam.
•Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
•Kuat daya ingatan.
•Gerak hati yang sangat kuat.
•Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
•Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
•Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

•Keras hati & tegas.
•Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
•Pemikiran yang tajam.
•Mudah marah apabila tidak dikawal.
•Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
•Perasaan yang amat mendalam.
•Cantik dari segi mental & fizikal.
•Tidak perlu dimotivasikan.
•Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
•Mudah dipujuk.
•Bersikap sistematik (otak kiri).
•Suka berangan.
•Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
•Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
•Daya khayalan yang tinggi.
•Permikiran yang tajam.
•Pandai berdebat.
•Fizikal yang baik.
•Kelemahan sistem pernafasan.
•Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
•Tidak berapa suka duduk di rumah.
•Tidak boleh duduk diam.
•Tidak punya ramai anak.
•Rajin dan bersemangat tinggi.
•Agak boros

JUN

•Berfikiran jauh & berwawasan.
•Mudah ditawan kerana sikap baik.
•Berperangai lemah lembut.
•Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
•Idea yang terlalu banyak di kepala.
•Bersikap sensitif.
•Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
•Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
•Bersikap suka menangguh-nangguh.
•Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
•Cepat marah & cepat sejuk.
•Suka bercakap & berdebat.
•Suka buat lawak & bergurau.
•Otaknya cerdas berangan-angan.
•Mudah berkawan & pandai berkawan.
•Seorang yang sangat tertib.
•Pandai mempamerkan sikap.
•Mudah kecil hati.
•Mudah kena selsema.
•Suka berkemas.
•Cepat rasa bosan.
•Sikap terlalu memilih & cerewet.
•Kurang mempamerkan perasaan.
•Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
•Suka pada barang yang berjenama.
•Mudah menjadi eksekutif.
•Kedegilan yang tidak terkawal.
•Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

•Sangat suka didamping.
•Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
•Agak pendiam kecuali dirangsang.
•Ada harga dan maruah diri.
•Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
•Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
•Sangat menjaga hati orang lain.
•Sangat peramah.
•Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
•Berjiwa sentimental.
•Jarang berdendam.
•Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
•Tidak suka benda remeh-temeh.
•Membimbing cara fizikal dan mental.
•Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
•Layanan yang serupa terhadap semua orang.
•Tinggi daya simpati.
•Pemerhatian yang tajam.
•Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
•Mudah dan rajin belajar.
•Suka muhasabah diri.
•Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
•Suka mendiamkan diri.
•Suka duduk di rumah.
•Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
•Tidak agresif kecuali terpaksa.
•Lemah dari segi kesihatan perut.
•Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
•Minta disayangi.
•Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
•Terlalu mengambil berat.
•Rajin dalam membuat kerja

OGOS

•Suka berlawak.
•Mudah tertawan padanya.
•Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
•Berani dan tidak tahu takut.
•Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
•Pandai memujuk orang lain.
•Terlalu pemurah & bersikap ego.
•Nilai harga diri yang sangat tinggi.
•Dahagakan pujian.
•Semangat juang yang luar biasa.
•Cepat marah & mudah mengamuk.
•Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
•Sangat cemburu.
•Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
•Cepat berfikir.
•Fikiran yang berdikari.
•Suka memimpin & dipimpin.
•Sifat suka berangan.
•Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
•Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
•Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
•Belajar untuk bertenang.
•Sikap kelam kabut.
•Romantik, pengasih dan penyayang.
•Suka mencari kawan

SEPTEMBER

•Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
•Sangat cermat, teliti & teratur.
•Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
•Pendiam tapi pandai bercakap.
•Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
•Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
•Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
•Sangat sensitif yang tidak diketahui.
•Seorang yang banyak berfikir.
•Daya pentaakulan yang baik.
•Otak bijak & mudah belajar.
•Suka mencari maklumat.
•Kawal diri dari terlalu mengkritik.
•Pandai mendorong diri sendiri.
•Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
•Suka sukan, hiburan & melancong.
•Kurang menunjukkan perasaannya.
•Terluka hatinya sangat lama disimpan.
•Terlalu memilih pasangan.
•Sukakan benda yang luas.
•Bersistematik

OKTOBER

•Suka berbual.
•Suka orang yang sayang padanya.
•Suka ambil jln tengah.
•Sangat menawan & sopan santun.
•Kecantikan luar & dalam.
•Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
•Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
•Sentiasa berkawan.
•Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
•Cepat marah.
•Macam pentingkan diri sendiri.
•Tidak menolong orang kecuali diminta.
•Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
•Tidak suka terima pandangan orang lain.
•Emosi yang mudah terusik.
•Suka berangan & pandai bercakap.
•Emosi yang kelam kabut.
•Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
•Suka melancong, bidang sastera & seni.
•Pengasih, penyayang & lemah lembut.
•Romantik dalam percintaan.
•Mudah terusik hati & cemburu.
•Ambil berat tentang orang lain.
•Suka kegiatan luar.
•Seorang yang adil.
•Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
•Mudah patah semangat

NOVEMBER

•Banyak idea dalam perkara.
•Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
•Berfikiran kehadapan.
•Berfikiran unik dan bijak.
•Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
•Pemikiran yang tajam.
•Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
•Sesuai jadi seorang doktor.
•Cermat dan teliti.
•Personaliti yang dinamik.
•Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
•Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
•Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
•Terlalu degil dan keras hati.
•Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
•Tak suka marah kecuali digugat.
•Mudah ambil berat terhadap orang lain.
•Pandai muhasabah diri.
•Cara berfikir yang lain dari orang lain.
•Otak yang sangat tajam.
•Pandai mendorong diri sendiri.
•Tidak hargai pujian.
•Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
•Cuba sampai berjaya.
•Badan yang sasa.
•Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
•Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
•Suka duduk di rumah.
•Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
•Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
•Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
•Bercita-cita tinggi.
•Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

•Sangat setia dan pemurah.
•Bersifat patriotik.
•Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
•Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
•Bercita-cita tinggi.
•Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
•Seronok bila didampingi.
•Suka bercampur dengan orang.
•Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
•Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
•Tidak pandai berpura-pura.
•Cepat marah.
•Perangai yang mudah berubah-ubah.
•Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
•Benci pada kongkongan.
•Suka berlawak.
•Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Wednesday, November 4, 2009

Sekadar Renungan Bersama

AKU, KAU BERBEZA ...
AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN???

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1 - sembahyang 5 waktu,
2 – puasa di bulan Ramadhan,
3 - taat suaminya dan
4 - menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulangmengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya." (Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Wednesday, August 26, 2009

Chocolate Moist Cake


Chocolate Moist Cake ini ditempah oleh adik ipar Ena (Eja) pada 21/08/2009 yang lalu

Tuesday, August 25, 2009

B'day Cupcakes Lagi












Cupcakes nie Ena buat khas sempena menyambut harijadi adik Ena (Ayu) pada 20/08/2009 yang lalu

You Tube ... Budak Comel







Monday, August 10, 2009

Birthday Cupcakes




Cupcakes nie baru ditempah oleh akak Ena dari Taman Bukit Indah untuk harijadi anak perempuan dia yang ke-5 tahun pada 10/08/2009. kalau ada yang berminat ... boleh la order dengan Ena ye ..

Wednesday, August 5, 2009

Cupcakes





Cupcakes nie Ena buat sempena harijadi adik Ena yang sedang blaja kat UITM Lendu, Melaka

Blueberry Cheese Tart


blueberry cheese tart nie utk anak-anak ena memang suka, pikir apa nak buatkan dia orang untuk minum petang hari jumaat lepas (31/07/2009)...

Thursday, July 23, 2009

Resepi Pops Cake




Pops Cake Chetam


Bahan

Kek yang telah siap dibakar
Frosting Cream Cheese


Cara
Hancurkan kek. Kemudian masukkan frosting. Gaul hingga sebati. Bulat-bulatkan dan masuk dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti sejuk sehingga tiba masa ia diperlukan.


Bila perlu, keluarkan bebola kek dari peti sejuk. Siapkan coklat yang telah dicairkan. Celup bebola kek. Letak bebola kek atas kertas minyak dan masukkan dalam peti sejuk. Bila dah beku, boleh hias dengan coklat cair yang berwarna warni. Ataupun selepas bebola kek dicelup dalam coklat, terus taburkan hiasan warna warni seperti gambar di atas.


Nota Kaki Chetam

1) Kek yang Chetam gunakan adalah kek yang Chetam buat sendiri dari cream cake mix yang diberi oleh jiran Chetam. Jiran Chetam baru buka kedai bakery supplies di Subang. Sedap kek ni sampai Buya makan berulang kali sebelum Chetam hancurkan untuk buat Pops Cake.

2) Frosting yang Chetam gunakan dibuat dengan sukatan berikut : 250gm cream cheese, 1/2 buku butter, lebih kurang 4 cawan gula aising yang dah diayak. Pukul cream cheese dan butter hingga kembang. Lepas tu masukkan gula aising sedikit demi sedikit sehingga dapat tekstur yang dikehendaki

3) Selalunya frosting digunakan untuk letak di atas kek tetapi untuk Pops Cake, frosting dimasukkan bersama kek yang dah dihancurkan

4) Untuk dapat lebih banyak informasi berkenaan dengan Pops Cake ni, boleh lawat laman web ni : http://bakerella.blogspot.com

Saturday, July 18, 2009

My Slide

Klas Kek Lapis @ C.Siang

Kek Lapis Blueberry


Kek Lapis Cranberry


Kek Lapis Cheese